Saya tolong perbetulkan manifesto PH – Najib

Kesan sebenar pengumuman PH hari ini:

1. Harga tol turun 18%. Tempoh tol lanjut 20 tahun.

– bermakna jumlah kutipan tol sepanjang tempoh naik 73%.

2. Kerajaan mengelak dari membayar apa-apa pampasan tahunan kerana ianya ditangggung oleh:

– pencarum KWSP hari ini akibat pendapatan dari PLUS turun 18%.

– anak-anak dan cucu-cicit yang bayar tol pada lanjutan tempoh 20 tahun

Pemenang terbesar:
1. Pengguna kerap tol PLUS di pantai barat Malaysia.

2. Kerajaan PH yang elak dari membayar pampasan tahunan kepada KWSP.(Guan Eng tentu happy).

3. PH yang akan claim ini antara langkah untuk tunaikan janji manifesto mereka (walaupun janji ialah hapuskan – bukan beri diskaun 18%)

Yang rugi:
1. Pencarum KWSP – terutama orang kampung, orang pantai timur dan orang Sabah dan Sarawak yang tidak mendapat manfaat dari penurunan harga 18% tetapi dividen KWSP tahunan mereka dijejaskan.

2. Anak-anak dan cucu cicit kita yang sepatutnya tidak perlu bayar tol selepas tahun 2038. Dihadiahkan beban untuk membayar tol sebanyak 20 tahun lagi.

Najib Razak
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156664785800952