Sebak melihat gambar sebegini. Tangisan mengiringi pahlawan kita yang bertarung nyawa menjaga keamanan – Najib Razak

Saya tahu.

Ada ibu yang pergi meninggalkan anak yang masih kecil.

Ada bapa yang pergi meninggalkan isteri dan anak.

Ada anak yang pergi meninggalkan keluarga.

Pergi mereka, belum tentu mereka kembali dalam keadaan begini.

Begitu besar pengorbanan mereka yang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.

Sebab itu ada yang marah bila ada pihak yang memperkecilkan tugas anggota tentera, kata hanya tahu makan tidur.

Itulah sebabnya ada yang marah bila ada pihak yang mengagungkan komunis.

Mereka bukan hanya mempertahankan negara malah membawa panji-panji pertiwi ke peringkat dunia.

Selamat menjalankan tugas buat anggota MALBATT di Lubnan.

Sama-samalah juga kita mendoakan sebuah Kerajaan dan rakyat semua menghargai mereka.

Tanpa perjuangan dan pengorbanan mereka yang bergelar tentera, tiadalah kebebasan dan keamanan kita – Najib Razak

Kredit Gambar: Berita Tentera Darat Malaysia

Facebook Najib Razak