Sebuah kerajaan yang bertanggung jawab patut selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara – Najib Razak

Keputusan kerajaan BN dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini.

Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?

Kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk abu Chin Peng dibenarkan untuk dipulangkan pada masa ini secara senyap-senyap?

Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?

Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan?

Kerajaan PH buat tugu wira askar Jepun tahun lalu, ramai dah marah.

Tahun ini, korang sengaja buat lagi?

Untuk apa?