Sokong 6 MP UMNO terhadap Mahathir: Jangan terlalu cepat membuat telahan atau konklusi Annuar Musa

Hanya sekiranya PH gagal MENCAPAI konsensus SESAMA mereka, barulah ujud keperluan blok pembangkang membuat pendirian | umno.huluselangor.com

KENYATAAN MEDIA

SOKONGAN AHLI PARLIMEN PAS DAN 6 MP UMNO;

Saya berkali-kali ditanya para wartawan berhubung perkara ini, yang berlaku Khamis lalu di Parlimen. Ia juga menimbulkan polemik kalangan pelbagai pihak.

Pertama – Kita MENGHORMATI pendirian Ahli Parlimen Pas yang disampaikan melalui KETUA WHIP mereka YB DATO TAKIYUDDIN HASSAN sewaktu membahaskan Belanjawan 2020 khamis lalu. Pas tentunya punya alasan tersendiri dan berhak berbuat demikian.

Kedua – Berikutan itu, enam orang ahli Parlimen UMNO telah mengadakan sidang media dan menyatakan pendirian/pandangan mereka menyokong YAB PM, meneruskan tugasnya sehingga tamat tempoh PENGGAL.

Ketiga – Berhubung perkara tersebut, seperti ditegaskan YB PRESIDEN UMNO, tindakan 6 MP itu adalah bersifat PANDANGAN PERIBADI masing-masing kerana UMNO BELUM MEMBUAT SEBARANG KETETAPAN MENGENAINYA.

Keempat – Buat masa ini UMNO BELUM berhasrat memutuskan SEBARANG KETETAPAN kerana ia dianggap masih terlalu “premature”. Soal peralihan kuasa PM ke-7 kepada PM ke-8 adalah urusan dalaman PH dan boleh ditentukan oleh 138 ahli Parlimen mereka.

Kelima – Hanya sekiranya PH gagal MENCAPAI konsensus SESAMA mereka, barulah ujud keperluan blok pembangkang membuat pendirian. Bagi tujuan tersebut MKT akan berunding terlebih dahulu, parti komponen BN akan dirujuk dan Pas sebagai rakan MUAFAKAT NASIONAL akan kita sepakati sebelum sebarang pendirian dibuat.

Kelima – Keputusan parti akan disampaikan kepada AHLI PARLIMEN BN melalui KETUA WHIP BN, Dato’ Seri MAHDZIR KHALID.

Keenam – Insya-Allah, apa jua keputusan parti nanti IANYA BERUPA KEPUTUSAN “EN BLOC” dan akan dipatuhi oleh semua Ahli Parlimen BN.

Ketujuh – Sebagai parti yang Bertanggungjawab dan pembangkang yang berwibawa, UMNO mengambil sikap MENGHORMATI INSTITUSI PERDANA MENTERI, serta peranan Kerajaan Semasa dan mahukan kedua-duanya berfungsi denga baik dan mengutamakan kepentingan RAKYAT, AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR.

UMNO komited untuk terus Berjuang Demi Rakyat bersama rakan komponen BN dan PAS serta semua parti di blok pembangkang.

Saya menyeru semua pihak agar tidak terlalu cepat membuat telahan atau konklusi, sebelum tiba masanya kita diperlukan berbuat demikian.

TAN SRI ANNUAR MUSA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
MP KETEREH.