Syarikat China hanya meneroka nadir bumi Perak – bukan untuk melombong.. Lynas Versi Dua? – Najib Razak

Pada tahun 1982, PM ke-4 buat sebuah kilang nadir bumi bernama Asia Rare Earth di Perak untuk memproses nadir bumi yang dilombong di negeri itu.

Akibatnya, tragedi besar telah berlaku di Bukit Merah dan ramai Rakyat yang terkorban.

Tragedi itu adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada kebimbangan Rakyat terhadap Lynas masa saya PM.

PH pula mengeksploitasikan kebimbangan ini untuk menghasut Rakyat dengan menuduh kerajaan BN zalim serta berjanji untuk menutup Lynas bila mereka menang.

Realitinya ialah paras radioaktif bahan yang diproses di Lynas adalah 44 hingga 48 kali ganda lebih rendah berbanding bahan di Asia Rare Earth, Perak.

(Maksudnya peluang untuk jadi Mutant adalah 44 hingga 48 kali ganda lebih tinggi)

Hari ini pula, kerajaan PH nak hidupkan semula perlombongan dan pemeprosesan nadir bumi yang sama dengan tragedi tahun 1982 itu di Perak dengan menandatangani perjanjian dengan syarikat Chinalco GXNF Rare Earth Development Co Ltd.

Bila cerita ini terbongkar, Menteri PH pula memberi alasan bahawa syarikat China itu hanya mahu meneroka nadir bumi di Perak – bukan untuk melombong.

Tapi persoalannya ialah syarikat swasta asing mana yang ingin labur berjuta-juta ringgit untuk meneroka jika tiada niat atau tidak dijamnikan hak untuk melombong?