Tekanan kewangan menyumbang kepada masalah kesihatan mental

0
2

Tekanan kewangan terus menyumbang kepada masalah kesihatan mental apabila 22% pekerja melaporkan bahawa mereka mempunyai banyak beban kewangan.

Ia antara hasil tinjauan Tempat Kerja Yang Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2019 yang telah diumumkan baru-baru ini.

Tinjauan tahunan itu bertujuan memahami bagaimana tempat kerja dapat mempengaruhi kesihatan pekerja dengan mengaitkan kesihatan pekerja terhadap prestasi dan penglibatan mereka di tempat kerja.

Seramai 17,595 pekerja terlibat dalam tinjauan ini daripada 230 organisasi pelbagai saiz.

Penemuan lain antaranya ialah:

1. 20% pekerja terjejas dengan masalah pembulian di tempat kerja

2. 84% pekerja melaporkan satu atau lebih masalah otot atau tulang sendi seperti sakit bahu dan leher (muskuloskeletal)

3. 90% pekerja tidak amalkan diet seimbang

4. 42% pekerja memiliki berat badan berlebihan atau obes

5. 32% pekerja mempunyai satu atau lebih penyakit kronik (buah pinggang, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, diabetes, penyakit jantung, strok atau kanser.

Satu penemuan terbesar dalam tinjauan ini ialah pekerja Malaysia kerja secara berlebihan dan tidak mendapat tidur yang mencukupi.

Sumber
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia