[UHStv] Ringgit Jatuh Salahkan Dollar Amerika

Saya diberitahu bahawa PH pernah memainkan isu nilai Ringgit merosot berbanding matawang negara Thai tiga tahun dahulu pada masa harga minyak dunia jatuh 80% (Malaysia negara pengekspot minyak, Thailand pengimport minyak).

Pada masa itu, apabila Ringgit merosot sehingga 100 Baht mencecah RM12.00 (RM1 = 8.33 baht), PH mengeluarkan propaganda yang telah tular kononnya peniaga negara Thai tidak mahu menerima matawang kita lagi.

Seperti yang ditunjuk di graf ini, nilai Ringgit semakin memulih berbanding matawang Thai sebelum PRU14.

Namun, nilai Ringgit berbanding Thai Baht jelas bertukar hala dan terus merosot selepas PRU14 sehingga mencecah penanda 100 baht = RM13.00 buat kali pertama.

Ini pada masa harga minyak dunia sudah memulih dan kini 2 1/2 kali ganda berbanding 3 tahun dahulu.

Semalam, Ringgit mencatat nilai paling rendah dalam sejarah berbanding Baht Thailand iaitu 100 Thai Baht = RM13.15 (RM1 = 7.60 Baht).

Laungan PH pada suatu masa dahulu ialah “Najib turun, Ringgit naik”.

Saya dah turun dan Guan Eng sudah naik.

Tetapi Ringgit turun dengan lebih dashyat lagi.

Apa alasan Guan Eng?

Sebelum PRU14, PH bukan main kutuk saya dengan nilai Baht Thailand…

Facebook Najib Razak
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155862900250952&id=157851205951