[Video] Abu Chen Ping ditabur di pantai, Hutan dan Gunung di Perak

Menggemparkan apabila kumpulan itu mengadakan sidang akhbar adalah untuk mengumumkan bahawa abu Chen Ping telah dibawa dari Thailand ke Setiawan pada 16 September tahun ini.

Kumpulan itu mengesahkan Abu mayat Chin Peng telah ditabur satu kilometer dari pantai. Juga ditaburkan di hutan kaki gunung banjaran Titiwangsa. Lokasi sebenar tempat – tempat abu ditabur tidak dinyatakan secara butiran lanjut.

Chin Peng pernah menyatakan hasrat sebelum beliau meninggal dunia di Thailand “mahu disemadikan di tempat kelahirannya” di Malaysia.

Beliau meninggal akibat kanser di sebuah hospital di Bangkok, Thailand, pada usia 89 pada 16 September 2013.

Pada masa itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan membenarkan abu Chen Ping dipulangkan ke Malaysia.

Adakah Malaysia Baru memberi keizinan abu Chin Peng dibawa pulang?

Mengapakah baru hari ini, kumpulan sahabat Komunis ini berani mengadakan sidang akhbar sedangkan perkara tersebut berlaku pada 16 September lalu?

Abu mayat setiausaha agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah dibawa pulang ke Setiawan, Perak untuk ditaburkan di laut dan kaki gunung di Perak | muafakatnasional.net
Sahabat Chin Peng yang menguruskan membawa pulang abu mayat dan menaburkan di laut dan kaki pergunungan di Perak | muafakatnasional.net