[Video] Bagaimana vaksin Polio melindungi anak anda.

Polio adalah penyakit yang boleh menyebabkan kecacatan kekal atau lebih teruk menyebabkan kematian.

Virus polio menyerang sistem saraf dan boleh menyebabkan kelumpuhan.

Polio tidak boleh disembuhkan, namun ia boleh dicegah. Perlindungan vaksin polio adalah penyelesaian atau pencegahan paling berkesan untuk mengelak penyakit ini.

Vaksin polio terdapat dalam dua bentuk iaitu oral polio vaccine(OPV) dan inactivated-polio vaccine(IPV).

Di Malaysia, semua vaksin diberi dalam bentuk IPV atau suntikan iaitu sebanyak 3 dos ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan manakala vaksin tambahan ketika berumur 18 bulan.

Vaksin diberi percuma kepada warganegara di semua klinik kesihatan.