[Video] Nur Fazz Puteri UMNO pencipta lagu Malu Apa Bossku

Nama sebenar Nur Faz adalah Nurul Fazilah Nordin merupakan Ketua Penerangan Puteri UMNO dari Bahagian Kota Belud Sabah. Beliau adalah seorang pencipta dan penulis lagu.

Tercetusnya idea lagu ini kerana fenomena bossku melanda di seluruh negara pada masa itu. Memang telah ada banyak versi lagu Bossku. Inspirasi lagu hadir semasa memandu kereta. Terus korus lagu malu apa bossku dinyanyikan. Maka setelah digubah, terhasil lah karya lagu ini.

Kuasa viral kini yang membuat kan lagu ini dapat tontonan sehingga 600,000 pada pertama video dimuatnaik. Sehingga kan rakan-rakan memanggil saya, anak bossku.

Tambah Nur Fazz lagi, dalam sejam memuatnaik video DS Najib turut memuatnaik ke Fb Page Najib Razak. Lebih mengharukan apabila Yana Najib yang merupakan anak DS Najib memuat naik video DS Najib sedang berhibur mendengar lagu ini di Instagram Stories.

Ikuti video untuk info lebih lanjut dalam temubual Nur Fazz Di Perhimpunan Agung UMNO 2019.