[Video] #PRKTanjungPiai: Lim Kit Siang didapati menabur fitnah kepada calon BN

Lim Kit Siang didapati menabur fitnah dengan mendakwa kononnya calon BN, Wee Jeck Seng pernah berkata “saya akan menang dengan majoriti lebih daripada 5000 undi di dalam PRK ini”.

Ayat ini tidak pernah keluar dari mulut Jeck Seng atau mana-mana pemimpin MCA. Kit Siang hanya berani mereka cerita, ini lah perangai Lim Kit Siang.

Sebelum PRU14, DAP tipu rakyat. Selepas PRU14, DAP tipu lagi.

PH tidak menunaikan janji dalam Buku Harapan, sebaliknya terus mencipta serta menabur fitnah.

MCA tetap menganggap setiap undi adalah penting. Pertarungan 6 penjuru pastinya sengit dan mempunyai banyak kemungkinan sukar diduga.

Seluruh jentera BN, Jeck Seng dan saya sendiri akan terus bertungkus-lumus merayu sokongan dari semua pengundi.

Saya juga mencabar calon PH dari PPBM, Karmaine bin Sardini, untuk menyatakan pendiriannya samada bersetuju dengan kenyataan Lim Kit Siang yang ternyata menipu ini?

Kepada warga Parlimen Tanjung Piai, berilah sokongan anda kepada parti pembangkang. Kita perlu menghantar satu mesej yang jelas kepada Kerajaan PH yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir iaitu “PH mestilah menunaikan janji demi membawa negara ke landasan ekonomi yang betul”.

#TanjungPiaiTolakPakatan
#ApaLagiMauTipu

Facebook Wee Ka Siong