[Video] Saya Gesa PH Mansuhkan Caj TNG tapi PH salahkan BN pula – Wee Ka Siong

#SayaGesaPHMansuhkanCajTNGtapiPHsalahkanBNpula
#CajTNGKeluarPoketKananMasukPoketKiri

Senang betul pemimpin PH bila sudah jadi kerajaan hari ini.

Bila tak boleh menjawab soalan bersandarkan fakta, gagal kemukakan idea bernas, maka mereka akan menuding jari menyalahkan kerajaan terdahulu Barisan Nasional.

Hei! PH sudah jadi kerajaan sudah hampir 2 tahun! Ini masanya PH tunjukkan prestasi pentadbiran kepada rakyat yang sudah memberikan mandat!

Rakyat minta tol dihapuskan dan pemimpin PH sendiri telah berjanji semasa berkempen pada PRU14 Mei tahun lepas.

Tapi apa yang rakyat dapat?

Tol tidak dimansuhkan. Sebaliknya, jurutol yang dimansuhkan dan mereka hilang pekerjaan!

PH kata mereka adalah kerajaan yang mendengar suara hati rakyat. Tapi sedarkah mereka bahawa rakyat ketika ini hangat membincangkan tentang #MansuhkanTouchnGo di media sosial?

PH masih nak salahkan BN lagi?

Siapa yang boleh tahan bila caj 10% dikenakan untuk parkir kenderaan?

Siapa boleh tahan caj RM0.50 dikenakan untuk setiap transaksi tambah nilai kad Touch ‘n Go?

Tambahan pula ketika ini kos sara hidup semakin membebankan, cukai-cukai baharu diperkenalkan. Ini pastinya meresahkan rakyat!

Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ketika menjawab soalan saya di Dewan Rakyat hari ini telah mendedahkan bahawa terdapat 2,880 lokasi di mana pengguna boleh menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka tanpa dikenakan fi.

Nampak banyak bukan? Tapi kalau anda nak tahu, sebenarnya angka lokasi yang mengenakan caj RM0.50 ini jauh lebih banyak.

Timbalan Menteri PH ini pandai bermain dengan kata-kata apabila menyatakan bahawa terdapat 11,168 lokasi tambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara. Tetapi jika kita membuat kiraan, lokasi yang MENGENAKAN caj kepada pengguna ini adalah lebih tinggi iaitu 8,288 berbanding 2,880 lokasi yang tidak dikenakan caj.

Sudahlah tak ada lorong tambah nilai di plaza tol yang bebas caj RM0.50 untuk tambah nilai, kemudian lokasi yang dikenakan caj pula jauh lebih banyak berbanding lokasi yang tidak mengenakan caj. Bila rakyat persoalkan, macam-macam alasan diberikan!

#PHdanCajSanaSiniBerpisahTiada
#TollFreeToTollForever

Facebook Wee Ka Siong