[Video] ‘Saya mengaku jadi barua’ (DAP) – Norhizam

MELAKA: “Saya mengaku saya jadi barua,” demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Dalam sidang media mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka hari ini, Norhizam berkata, beliau bertindak menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional demi orang Melayu.

“Saya bertindak demi kepentingan orang Melayu yang mana saya sudah bekerja keras, mereka kata nak berkhidmat, tapi saya tengok saya jadi barua saja.

“Bila hati dan jiwa raga saya serahkan (kepada kepemimpinan sebelum ini), ini yang berlaku.

“Saya kecewa, jadi saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepemimpinan kerajaan baru tak kecewakan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukannya dalam DAP, Norhizam berkata, beliau bersedia dengan semua kemungkinan.

“Itu antara saya dengan parti. Saya bersedia dengan semua kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMMO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka sudah tumbang.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerah kepada kepemimpinan pusat untuk memutuskan siapa Ketua Menteri yang baru.

Norhizam (tengah) dalam sidang media mengumumkan peralihan kuasa kerajaan Melaka hari ini.