[Video] Ubahsuai Bendera Malaysia, Mudahnya MABA mohon maaf.

Apa alasan sekali pun, amatlah tidak seharusnya perkara ini berlaku.

Pada acara pembukaan temasya MABA Milo Lum Mun Chak Cup kali ke 28 2019, pihak penganjur telah ‘tersalah’ mengibarkan bendera Malaysia secara paparan di elektronik papan siaran.

Bendera Malaysia yang dipaparkan semasa acara menyanyikan lagu kebangsaan itu amat memalukan dan mengundang kemarahan netizen sejurus video acara tersebar luas, dimana bendera mengandungi 5 bucu bintang yang sepatut nya bintang adalah mempunyai 14 bucu.

………
MABA biadab pasang Jalur Gemilang dengan lima bintang

KUALA LUMPUR – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengecam tindakan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang dalam satu majlis perasmian kejohanan sukan itu, semalam.

Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah menyifatkan perbuatan MABA itu sebagai biadab kerana sengaja memperlekehkan bendera Malaysia.

“Mereka telah memperlekehkan bendera Malaysia dengan sengaja meletakkan logo lima bintang. Ini perbuatan biadap oleh penganjur bola keranjang MABA di Stadium Negara.

“Majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak ini perlu diambil tindakan. Mereka mempunyai niat dan agenda jahat, kerana logo lima bintang adalah komunis,” katanya di sini, hari ini.

Hari ini viral klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang bersama logo Westport ditayangkan ketika nyanyian lagu Negaraku pada majlis perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Video itu tular melalui media sosial, dan MABA dalam kenyataannya hari ini memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan itu.

Menurut Azwanddin, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan ke atas MABA sebelum kemarahan rakyat semakin tidak terkawal.

Katanya, bagaimana majlis rasmi dan dianjurkan pula oleh rakyat Malaysia sendiri boleh berlaku seperti itu. – MalaysiaGazette

…………
Berikut adalah permohonan maaf MABA