YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hormatilah ‘Rule of Law’ – Asyraf

0
8

Saya mohon YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hormatilah ‘Rule of Law’ yang saudara sering canang-canangkan.

Sudah banyak kali mahkamah ditangguhkan akibat kegagalan YB hadir sebagai saksi utama dalam kes jenayah yang YB sendiri buat laporan mengalami kecederaan ‘tisu koyak’ (soft tissue injury) akibat didakap oleh Exco Pemuda kami Sir Azri.

Akibat laporan polis YB jugalah beliau kena bermalam di lokap untuk beberapa hari sebelum didakwa di mahkamah. Malangnya bila tiba waktu bicara YB sering menghilangkan diri. Mohon YB tidak lagi menguzurkan diri!

‘Justice Delayed is Justice Denied’

#tisukoyak
#YouthPower